Monday, August 17, 2015

Laksa Johor pakai Spaghetti? Kenapa?

Kenapa Laksa Johor pakai Spaghetti?

Haa..ni kontroversi sikit! 

Kenapa ek Laksa Johor pakai Spaghetti? Spaghetti ni bukan asal Malaysia pun.

Ada banyak versi sebenarnya, saya pun sampai sekarang masih mencari jawapan yang betul-betul pasti dan disertakan fakta.

Asalnya laksa johor ni pakai laksa putih (laksa beras) tu. Ini yang orang-orang tua yang saya tanya di kampung bagitau. Oh..ya kampung saya di Kampung Melayu, Kluang. Siapa orang Kluang kat sini? Angkat tangan sikit!! 
smile emotic

Lepas tu ada dua versi...

Versi pertama:
Ada orang cuba buat Laksa Johor ni dan kemudian cuba makan dengan spaghetti, lepas tu lebih sedap rasanya. Dari sejak itu teruslah dikekalkan makan dengan spaghetti.

Versi kedua:
Dikhabarkan kepada saya, penggunaan spaghetti ini bermula sejak dari zaman Almarhum DYMM Sultan Iskandar. Ini kerana permaisuri pada ketika itu ialah Enche Besar Khalsom yang berasal dari England. Jadi Laksa Johor ini telah diolah dan menggunakan Spaghetti.

Wallahu'alam. Tiada bukti bertulis atau bergambar yang saya dapat untuk menyokong kenyataan diatas.

Walaubagaimanapun, harapan saya semoga Laksa Johor ini akan memenuhi selera seluruh rakyat Malaysia dan bukannya yang berasal dari Johor sahaja.

Untuk tempahan dan penghantaran sehingga ke rumah/pejabat anda. Sila hubungi 012 333 2359.
Terima kasih


Lawati kami di:

FB: Laksa Johor Heritage
Instagram: @laksajohorheritage

No comments:

Post a Comment